|
# Pasangan hidup Pilihan Ibu
✿Wednesday, February 15, 2012 | 6:33 PM | 0Heart
Suatu Hari..Seorang anak gadis bertanya kepada ibunya: “Ibu, ajarkan anakmu ini untuk memilih pasangan hidup?”Si ibu tersenyum, dan dengan bijak menjawab, “Anakku , jangan kau menikahi seorang lelaki hanya kerana ketampanannya, kelak akan kecewa, kerana ia pasti akan tua. Nak, jangan pula memilihnya hanya dia dikagumi banyak wanita, kerana kau belum tahu apa kekurangannya. Tidak pula kerana kekayaan atau kerana nasabnya, kerana kekayaan tidak pernah kekal, nasab tidak menjamin kemuliaan dirinya.”“Nak, pilihlah si dia kerana akhlaknya yang mulia.Pilihlah dia kerana imannya."“Bu, bagaimana ingin tahu dirinya akan membuatku bahagia, padahal belum tentu dia kaya, tampan, terkenal?” Tanya sang anak lagi.“Nak, ketampanan dan kecantikan ada pada hati yang merasa. Kaya ada pada hati yang Qonaah. Terkenal di hadapan manusia belum tentu mulia di hadapan-Nya.”“Perbaikilah akhlakmu, perbaharuilah niatmu, kuatkan imanmu, perbanyak amalmu…Lalu jika hari itu tiba…Terimalah pemuda yang berani melamarmu. Setidak-tidaknya dia berniat baik kepadamu, bukan menggodamu. Namun kerana keinginannya menjaga kesucian cinta. Kau tentu boleh memilih, namun ingatlah, jika kau alihkan cintamu pada harta, ketampanan, juga keturunannya, maka kamu pasti akan kecewa. Kerana boleh jadi itu hanya topeng darinya.”“Istikharahlah..Dan.. Jika pilihanmu mantap padanya…Berkahwinlah nak, kerana itu adalah sebaik-baik penawar fitnah kau akan rasakan kebahagiaan kerana memenangkan Allah dalam pilihanmu.Rasailah cinta bersamanya…Kelebihannya membuatmu tersenyum bahagia…Kekurangannya akan menjadi bibit-bibit cinta di antara kalian..Kerana kalian tercipta untuk saling mengisi…Saling memperbaiki akhlak..Semangati langkahnya, kukuhkan semangat juangnya.Harungi bahtera rumah tangga dengan senyum ceria.Kelak didiklah anak-anakmu untuk menjadi pejuang yang setia pada cinta yang Mulia..Lahirkan keturunan yang kuat tauhidnya, mulia akhlaknya, kukuh azamnya.Dan…Kelak, ibumu ini akan bahagia menimang cucu seorang pejuang sejati..”
Sumber : Pen Patah
Older Post ✿ Newer Post
✿ Super Student's
Name : Nur Atika Jamil
Known as : Atiq
Birth Date : July 13th 1994
Age : nineteen years old :D
"Kita sering inginkan yang terbaik dalam hidup , tapi Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita walaupun kita telah usaha yang terbaik"
✿ Hello Sunshine
"Ya Allah seandainya telah engkau tuliskan dia milikku dan terlahir untukku dekatkan dan satukanlah hatinya dengan hatiku, berikanlah kebahagiaan antara kami agar kesetiaan itu abadi"
✿ Sharing Is Caring
akan dikemaskini kemudian
# Pasangan hidup Pilihan Ibu
✿Wednesday, February 15, 2012 | 6:33 PM | 0 Students
Suatu Hari..Seorang anak gadis bertanya kepada ibunya: “Ibu, ajarkan anakmu ini untuk memilih pasangan hidup?”Si ibu tersenyum, dan dengan bijak menjawab, “Anakku , jangan kau menikahi seorang lelaki hanya kerana ketampanannya, kelak akan kecewa, kerana ia pasti akan tua. Nak, jangan pula memilihnya hanya dia dikagumi banyak wanita, kerana kau belum tahu apa kekurangannya. Tidak pula kerana kekayaan atau kerana nasabnya, kerana kekayaan tidak pernah kekal, nasab tidak menjamin kemuliaan dirinya.”“Nak, pilihlah si dia kerana akhlaknya yang mulia.Pilihlah dia kerana imannya."“Bu, bagaimana ingin tahu dirinya akan membuatku bahagia, padahal belum tentu dia kaya, tampan, terkenal?” Tanya sang anak lagi.“Nak, ketampanan dan kecantikan ada pada hati yang merasa. Kaya ada pada hati yang Qonaah. Terkenal di hadapan manusia belum tentu mulia di hadapan-Nya.”“Perbaikilah akhlakmu, perbaharuilah niatmu, kuatkan imanmu, perbanyak amalmu…Lalu jika hari itu tiba…Terimalah pemuda yang berani melamarmu. Setidak-tidaknya dia berniat baik kepadamu, bukan menggodamu. Namun kerana keinginannya menjaga kesucian cinta. Kau tentu boleh memilih, namun ingatlah, jika kau alihkan cintamu pada harta, ketampanan, juga keturunannya, maka kamu pasti akan kecewa. Kerana boleh jadi itu hanya topeng darinya.”“Istikharahlah..Dan.. Jika pilihanmu mantap padanya…Berkahwinlah nak, kerana itu adalah sebaik-baik penawar fitnah kau akan rasakan kebahagiaan kerana memenangkan Allah dalam pilihanmu.Rasailah cinta bersamanya…Kelebihannya membuatmu tersenyum bahagia…Kekurangannya akan menjadi bibit-bibit cinta di antara kalian..Kerana kalian tercipta untuk saling mengisi…Saling memperbaiki akhlak..Semangati langkahnya, kukuhkan semangat juangnya.Harungi bahtera rumah tangga dengan senyum ceria.Kelak didiklah anak-anakmu untuk menjadi pejuang yang setia pada cinta yang Mulia..Lahirkan keturunan yang kuat tauhidnya, mulia akhlaknya, kukuh azamnya.Dan…Kelak, ibumu ini akan bahagia menimang cucu seorang pejuang sejati..”
Sumber : Pen Patah
Older Post ? Newer Post
|