ϟ Heart Speaking




# Minggu orentasi pelajar PPU
Thursday, May 17, 2012 | 7:53 AM | 0Heart



Assalamualaikum ,

Mesti semua tertanya-tanya apa tu PPU kan ? PPU tu maksudnya Pelajar Pra Universiti . Alhamdulillah , dah nak habis minggu orentasi selama dua minggu ni . Aku memilih untuk masuk form 6 . Mungkin rezeki aku dekat sini , so aku kenalah buat yang terbaik kalau betul na berjaya . Aku bersyukur dengan apa yang telah diberi oleh-Nya . Amin . Mula-mula memang aku tak ada hati langsung nak masuk form 6 ni , tapi bila cikgu-cikgu kat sekolah tu dah bagi motivasi , baru aku sedar yang tak ada lah teruk mana pun masuk form 6 ni . Yang penting naluri hati kita tu sama ada nak teruskan usaha ataupun tak . Semua tempat sama je , diri sendiri yang nak berjaya , so kenalah buat yang terbaik bila dah ada peluang kedua ni kan .

Lagipun mulai tahun ni , form 6 dah sama taraf dengan universiti . So , aku rasa tak salah aku pilih untuk masuk form 6 ni sebab sekarang cara pembelajaran dah lain dengan yang lepas-lepas . Sesi tahun ni , dah ada tiga semester . Setiap semester ada final exam , tak adalah nak susah-susahkan diri belajar 1 tahun lebih lepastu final exam hujung tahun . Esok hari pemilihan kos . Aku nak ambil kos yang aku mampu buat . sekurang-kurangnya aku dapat target apa yang aku nak kan .

Macam-macam yang aku dapat bila dah masuk ke alam form 6 ni . Aku dapat belajar cara mendewasakan diri , berfikiran matang dan bijak pilih kawan . Dalam masa dua minggu ni jugalah aku dapat banyak ilmu dan cara untuk muhasabah diri . 

Hari ini , semua pelajar lower six ada lawatan ke rumah orang tua-tua seri kenangan Cheng,Melaka . Disebabkan aku nak tahu situasi dekat situ , aku pergi juga walaupun mula-mula malas . Mula-mula sampai je ada ceramah sikit tentang rumah orang tua-tua tu , macam-macam yang pakcik tu cerita , ada kisah sedih , ada juga yang kelakar . Lepas tu, semua boleh pergi melawat atuk-atuk dengan nenek-nenek tu semua .

Mula-mula je nak masuk hati aku dah sebak bila tengok situasi diaorang dekat situ . Aku tak dapat nak tahan airmata bila dengar ada seorang nenek ni cerita kisah hidup dia . Lagi-lagi bila nenek tu pun nangis juga , lagilah aku sedih . Ya allah, jauhkanlah aku dari semua tu . Walaupun kita tak tahu apa yang akan terjadi akan datang , tapi kita boleh usaha supaya kita dapat yang terbaik . 

Semua yang berlaku ada hikmah . Mungkin dah tertulis garis kehidupan kita macam tu , walau kita elak macam mana pun kalau benda yang kita taknak tu pun , tetap jadi juga . Aku bersyukur sebab aku dilahirkan sempurna , cukup kasih sayang , keluarga yang sempurna . 


0 comment(s)
Older Post Newer Post