# Terasa di syurga
✿Saturday, May 19, 2012 | 9:49 PM |
0Heart

Semua orang selalu inginkan yang terbaik dalam setiap hubungan mrereka , begitu juga aku . Aku sering buat hubungan aku dan kau menjadi yang terbaik . Aku berjaya bagi kau harapan untuk bersama dengan aku . Setiap hubungan perlukan pengorbanan dan kejujuran . Kau banyak mengajar aku erti bahagia , kehormatan dan tanggungjawab . Dalam duka aku , ada bahagia bila kau bantu aku saat aku jatuh .
Sekarang aku takut nak pergi jauh dari kau . Kalau boleh aku ingin terus dengan kau belajar dan berjaya bersama . Aku takut bila kita jauh , semua yang kita ada musnah atas sebab-sebab yang tak sepatutnya . Kadang-kadang setiap yang indah bukan sentiasa jadi yang terindah . Semua yang kita mahu memerlukan pengorbanan,keikhlasan dan ketabahan .
Aku mohon agar kau sentiasa ingat apa yang kau sering cakap pada aku . Aku mohon supaya kau tak pernah mungkir setiap kata kata kau . Aku tak pernah minta harta mahupun wang, cukup hanya dengan menghormati aku sebagai seorang perempuan dan jujur dengan setiap tingkah laku kau pun cukup membuatkan aku rasa dihargai .
