# D A N I K A
✿Sunday, July 22, 2012 | 8:38 AM |
0Heart

"Apapapun yang terjadi, tetaplah bersyukur sebab Tuhan selalu memberikan yang terbaik dan pasti tak akan mengecewakanmu "
Alhamdulillah , hubungan kita still lagi bertahan , even kadang kadang tu kita dapat apa yang kita taknak kan . Makin hari makin saya rasa dekat dengan awak . Awak selalu buat saya bahagia, ketawa , gembira . Saya senang bersama awak sebab awak faham saya . Awak tahu semua kemahuan saya dan awak tak pernah abaikan saya walaupun awak sibuk . Sekarang kita dah susah nak jumpa , masing masing sibuk dengan kerja masing masing kan , tapi saya tak kisah pun sebab awak tetap ada depan mata saya .
Saya taknak lagi hilang awak macam dulu . Awak dah buat saya sayang awak dan please jangan buat saya hilang awak juga . Saya tak pernah terfikir semua tu sekarang ni , sebab yang saya tahu saya bahagia dengan awak . Kadang kadang tu ada juga salah faham antara kita , tapi kita tak pernah nak gaduh sebab masing masing tahu jaga hati masing masing . Kita sentiasa berfikiran positif even ada lah juga yang negatif tu , hehe .
"Perselisihan terjadi bukan kerana adanya perbedaan, tapi kerana ada pihak yg tak mendengarkan dgn baik, dan tak menghargai dgn sempurna. "
Kita takkan pernah tahu apa yang akan terjadi, dan disebabkan itu kita tak boleh nak sentiasa menang je , kadang kadang tu kita kena juga mengalah untuk yang terbaik . Saya taknak kita berfikiran macam budak budak . Ada apa antara kita , boleh settlekan dengan baik , bukan buat keputusan terburu buru atau ambil tindakan yang tak sepatutnya kan? Perbaiki selagi mampu . Saya mengharapkan yang terbaik dalam hubungan kita . Kalau takdir menentu kan kita berpisah , kita kena terima dan selagi kita mampu bina , kita bina dan cantikkan selagi mampu .
